(8 GAMBAR) Kemeriahan Majlis Resepsi Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel!

Sekitar Resepsi Perkahwinan Aeril Zafrel & Wawa Zainal Di Sungai Petani
Kisah Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafrelsememangnya mendapat perhatian dan juga kecaman yang hebat sebelum ini apabila perkahwinan antara mereka dirahsiakan sehinggalah Oktober 2013.
Namun begitu, setiap manusia diuji dan ujian ini diambil mereka dengan tabah. Malah akui mereka “Kisah Lalu Matangkan Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel” tambah-tambah kini mereka telah pun mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga terutama dalam membesar dan mendidik anaknya yang masih kecil, Attar.
Setelah hampir 3 tahun bernikah timbul gosip “Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bersanding?so, apa lagi bagi yang meminati pasangan ini memang teruja untuk melihat majlis persandingan mereka. Lagipun kalau tak silap dorang ni tidak pernah bersanding memandangkan tiada koleksi gambar majlis persandingan dorang tersebar.
Maka gosip yang tersebar itu sememangnya benar apabila majlis pada hari sabtu lalu menyaksikan pasangan ini diraikan dengan meriah sekali di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK). Dapat tajaan lagi tau serta menjadi duta sempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF). Beruntung kan Wawa dan Aeril.
Tak kisahlah kalau mereka yang tak suka tu nak kutuk ke apa ke, yang pasti perkara sebenar disebalik kisah mereka hanya mereka dan Maha Pencipta yang tahu. Mereka pun telah belajar dari kesilapan danyang penting setiap manusia diberi peluang untuk berubah. Jom pakai mai tengok koleksi gambar eksklusif dorang di sekitar majlis persandingan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel!

wawa9