AJL29 : Netizen Tak Setuuju Lagu Apa Khabar Jadi JUARA, Ramai Juga Yang MEMPERSENDAKAN Qu Puteh [8 Foto]

Kuala Lumpur: Lagu Apa Khabar menjadi juara bagi Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang diadakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.


Lagu yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan SonaOne itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

“Kemenangan ini untuk hip hop,” kata Joe Flizzow ketika memberi ucapan selepas diumum pemenang.

Manakala, naib juara dimenangi oleh lagu Masih Aku Cinta dendangan Shila Amzah dengan membawa pulang RM35,000 dan trofi serta tempat ketiga dimenangi oleh lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah dengan membawa pulang RM20,000 dan trofi.

Sementara itu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik dimenangi oleh Dayang dan Mojo bersama pemuzik.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati atas kemenangan lagu Apa Khabar. 


Namun ada juga yang menyokong dengan hujah yang tersendiri.
Apa yang menjadi perhatian dikalangan netizen juga ialah iklan Qu Puteh yang dikatakan terlalu banyak kali diulang-ulang sehingga menimbulkan rasa muak.